Monday, June 25, 2012

MAAFKAN SAYA !



ASSALAMUALAIKUM

Hai semua blogger. Maaf sebab dah lama sangat menyepi. Fuh, sekarang dah naik semester baru. Harap semester baru ini saya dapat buat yang lagi baik dari semester sebelum ini. Lebih baik dari segi result dan lebih baik juga dari sikap saya. InsyaAllah...

Nurul Izzetty binti hanif, saya mohon maaf atas semua kesilapan yang saya dah lakukan. Saya tahu saya dah pecahkan kepercayaan awak pada saya dan saya mohon maaf sangat-sangat. 

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan, maaf juga saya mohon dari anda semua sama ada kesalahan yang saya sengajakan ataupun tidak kerana banyak kesalahan yang pernah ktia lakukan sama ada sengaja ataupun tidak sengaja kepada rakan-rakan kita semua.

Rakan-rakan, jangan kita benci dengan kesilapan kita rakan-rakan kerana sesungguhnya guru terbaik kita adalah pengalaman kita. Belajarlah dari kesilapan kerana dalam kesilapan merungkai 1001 sebab.

Jika hari ini tidak boleh esok pasti boleh! jika esok tidak boleh minggu depan pasti boleh! jika minggu depan tidak boleh bulan depan pasti boleh! 

Jadi saya ingatkan diri saya jangan mudah putus asa dan sentiasa muhasabah diri sendiri kerana saya yakin dengan bermuhasabah diri kita pasti tahu kesilapan diri kita yang pastinya hanyalah Hamba Allah yang kerdil dan jika Allah kata kita mati maka matilah kita.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, hidup dan mati kita mestilah bermatlamat. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment