KEJAYAAN !!
Salam satu malaysia dan salam satu Kenshido. Kejayaan?? adakah ianya satu persoalan atau suatu impian?? tiada kejayaan yang datang bergolek. tiada kejayaan yang Allah beri tanpa menguji hamba-hambaNya. selalu sangat kita mendengar kejayaan orang tanpa mengetahui cabaran yang dilalui.
Tabah bernaluri. Apa yang dimaksudkan dengan tabah bernaluri?? kita tabah menghadapi cabaran dengan menghayati masalah yang ada. jangan mengeluh kerana ianya menganggu fokus untuk kita berjaya.
Kreatif berfikir. Berfikirlah bagaimana untuk menyelesaikan masalah bukan bagaimana ingin mencipta alasan.
Tegas bertindak. Perancangan tanpa tindakan ibarat haus tapi tidak minum air.
MASALAH ATAU CABRAN ADALAH PILIHAN KITA. JIKA KITA ANGGAP IA ADALAH SATU CABARAN, IA AKAN MENJADIKAN KITA KUAT. JIKA KITA MENGANGGAP ITU ADALAH SUATU MASALAH, JADILAH KITA ORANG YANG LEMAH !!
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH!! LAWAN TETAP LAWAN !! LAWAN SAMPAI GAPAI IMPIAN !!


No comments:
Post a Comment